KISAH INSPIRASI TUAN EPI MEMBUAT JUALAN HAMPIR SEJUTA BERNIAGA DI SHOPEE

Bebenang aku kali ni nak share perjalanan sebagai seller shopee. Untuk yang baru ‘nak start’ boleh la tengok.
Untuk yang master mohon tunjuk ajar kepada yang newbie
Bebenang ini adalah perjalanan selama 4 tahun aku berniaga shopee.
Jadi aku akan selalu update perkembangan terkini shopee aku
Lets go!


Zaman sekarang ini zaman online. Hampir semua barang orang beli melalui
telefon je. Aku nampak fenomena ataupun trend yang berlaku ini sebagai peluang.
Jadi Why not aku gunakan kudrat yang aku ada ini untuk beri value pada orang melalui perniagaan.
Yes, Shopee.


Kenapa shopee? Kenapa bukan platform lagi satu tu? (Yang Laz*** tu)
Tak dinafikan dua dua platform bagus.
Tapi bila aku sendiri lebih banyak membeli di Shopee berbanding di platform lagi satu tu, dan orang sekeliling pun lagi senang gunakan Shopee
Aku nampak trafik nya dekat situ


Kelebihan berniaga di shopee adalah, trafik tinggi !
Trafik merujuk kepada berapa ramai orang masuk dalam platform tu.
Shopee antara e-commerce yang ada trafik yang sangat tinggi !
Makin tinggi trafik, makin tinggi keberangkalian barang kau letak itu terjual


Syarat pertama berniaga di Shopee ialah - kau kena ada barang untuk dijual .
Kalau modal ada, boleh beli barang borong dari China. Kenapa China? Sebab semua ada kat sana dan kos sangat murah. Boleh beli melalui team Mywau.com
Team mywau kepakaran supply barang dari sana


Masa mula mula nak berniaga di shopee, aku pun duk fikir barang apa nak jual ya?
Bila aku sedar kepakaran apa yang aku ada sekarang ialah buku. Yes buku.
Aku ada banyak contact supplier buku.
Jadi aku ‘gunakan apa yang aku ada’ untuk menjual di shopee
Tips : Sentiasa jual apa yang ada ditangan dahulu !


Ramai orang asyik fikir,“ barang apa yang paling laku?”
Pada aku, takde istilah barang mana paling laku.
Kalau kau tahu siapa target market barang kau, marketing tools kau guna betul, jual barang apa apa pun laku.
Dan kalau asyik fikir je, sampai bila bila tak start Face with tears of joy
Start.


Tak perlu tunggu follower banyak baru nak start berniaga di Shopee. Macam aku pun start dari bawah.
Yang penting kedai kau kena mesra pelanggan (susun produk cantik - by categories), dan jaga rating. Itu paling penting.
(Masa awal2 aku masih belum preferred seller)


kegembiraan beginners shopee seller adalah apabila Order first masuk!
Ini menandakan apa yang kau post kau shopee dah ada real result.
Tapi ! Tenang anak muda. Jangan terlalu ghairah. Follow step shopee daripada dapat Order sampai customer dapat barang


Bila kau dah start letak produk di shopee, penting untuk kau alert dengan setiap program yang shopee sediakan.
Antaranya macam dalam gambar tu, program shopee rm19 free shipping. Setiap program yang kau join ada extra percentage yang shopee akan ambil dari barang yang terjual

Pada aku, better kau join. Sebab bila kau join, akan ada banner icon macam dalam gambar tu dekat produk kau. Itu boleh naikkan trust pada buyer.
Oh ya, sebelum pergi lebih jauh, korang kena tahu yang berniaga di shopee bukan free tau!
Ada caj yang kau kena bayar
Sebagai contoh, setiap barang yang terjual, ada caj kau kena bayar pada shopee.
Sebagai contoh, kalau berjaya jual produk berharga rm100, shopee ambil rm2. So kau dapat Rm98 sahaja.
Kira upah la sebab kau guna platform dorang


Untuk join program free shipping, kau kena daftar . Nanti dorang akan aktifkan permohonan kau dan dari situ banner free shipping akan ada dekat semua gambar kau secara automatik !

.jpg)
Apa yang aku suka pada shopee adalah dorang sangat tekankan education pada semua seller dorang. Pada dorang, seller yang ada dalam platform dorang kena pandai.
Bila seller pandai, seller akan dapat banyak buat sales dan shopee pun akan dapat banyak untung ! Bijak kan?


Sebab itu, dorang banyak buat Webinars untuk educate seller dorang , dan yang Webinars dia PERCUMA! jadi korang boleh ambil peluang ini untuk tahu lebih detail macam mana nak berniaga di Shopee.
Pada aku, Webinars sangat membantu untuk aku buat sales di Shopee


Dekat shopee pun ada scammer tau! Bila dapat inbox macam ni jangan terus ikut suggestion dia. Ye la, teruja kan sebab ada buyer.
Cek dulu no dia. Kalau aku, aku cek no tu guna apps Truecaller apps


Benda yang kau kena consider bila pos barang yang mudah pecah - beli Sticker Fragile!!
Sticker ni bukan lah Totally bila kau letak dekat Parcel kau confirm selamat. Tapi dia kurangkan risiko daripada Parcel kau rosak.

Pada aku , Sticker ni kira cost kau jugak la. Cost yang kena keluarkan untuk elak kerugian yang lagi besar.
Sebagai contoh, kau kena spend untuk Sticker yang bernilai rm10 untuk mengelakkan kerugian yang bernilai rm1000.
Jadi, berbaloi kan?


Kadang-kadang, 1 komen positif sahaja cukup untuk buat hati kita berbunga-bunga


Bila dah berbulan-bulan dalam bisnes shopee ni, ini goal yang aku tengah target sekarang. Masih belum lagi kesampaian


Sebab apa Preferred Seller (PS) dan seller shopee selalu berimpian untuk dapatkan title itu?
Sebab itulah step-Up ke level yang seterusnya. kau dah naikkan trust kedai kau. Berdasarkan perhatian dan pengalaman aku, orang senang buat pembelian di kedai yang ada PS

Dan bila dah jadi PS, banyak kelebihan yang shopee akan bagi pada kau. Dan yang paling terkesan adalah, Order kau akan lebih banyak daripada biasa.
Masa tu kau akan lebih seronok berniaga di shopee


Dan kalau nak membeli dekat seller lokal di shopee, banyakkan memberi rating dan komen macam ni. Jujur ia sangat membantu kami sebagai seller di shopee


Biasanya setiap hari Selasa Shopee akan update sama ada kau layak atau tidak untuk dapat Title Preferred Seller.


Tarikh keramat 17 Nov 2017 aku menjadi Preferred Seller


Dekat shopee aku ada 3 kedai : -
1. Jual buku
2. Jual Bengkung ibu mengandung
3. Jual senapang mainan (dalam gambar)
Sekarang aku dan team banyak fokus dekat jual senapang sebab kan demand yang tinggi daripada orang Malaysia, Indonesia dan Filipina
Dalam kelas nanti aku akan tunjukkan bagaimana cara korang nak perluaskan market sehingga ke negara luar sampai boleh buat profit ????

Itu sahaja daripada Bebenang tuan epi
terima kasih semua sudi membaca kisah beliau
Kami bawakan speaker yang berpengalaman berjaya buat jualan hampir berjuta hanya bernigaa di shopee
Bukannya speaker yang mengajar hanya ikut modul
---Coach Hadi


HARGA EARLY BIRD
RM99 UNTUK 100 ORANG TERAWAL SAHAJA !
HARGA BIASA RM149 UNTUK SETERUSNYA
UPDATED : SEAT TINGGAL LAGI 21 SAHAJA
DETAILS KELAS SHOPEE NEW CHAPTER 2021
![]()
1) Hari : Sabtu & Ahad
2) Masa : 10 Pagi - 2 Petang
3) Tarikh : 30 & 31 Januari 2021
4) Platform : Zoom (Video Direkod)
4) Speaker : Tuan Epi
5) Harga : RM99 SAHAJA (Harga asal rm149)

DAFTAR DIBAWAH SEKARANG
